PM Sampaikan Amanat Khas Mengenai PKPP 8 Malam Ini

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 8 malam ini.

Berdasarkan maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri, perutusan itu akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.

Pada 7 Jun lepas, perdana menteri mengumumkan pelaksanaan PKPP bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat selepas Malaysia berjaya mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

PKPP yang berkuat kuasa pada 10 Jun dijadualkan tamat pada 31 Ogos ini. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.