PKPP Dilanjutkan Sehingga 31 Dis – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijadual berakhir Isnin ini dilanjutkan sehingga 31 Dis depan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, dengan pelanjutan tempoh PKPP, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih boleh diambil.

“Ini adalah untuk memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan,” katanya dalam perutusan khas mengenai perkembangan terkini PKPP yang disiarkan di televisyen tempatan.

Pada 7 Jun lepas, perdana menteri mengumumkan pelaksanaan PKPP sehingga 31 Ogos bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas Malaysia berjaya mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara ini. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.