Lima Kelebihan Calon BN Berbanding ‘Calon Tun Mahathir’ ‘Orang Luar’ – Ahmad Maslan

TANJUNG MALIM, 18 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz dilihat mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding dengan dua lagi calon Bebas yang lain pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim 29 Ogos ini.

Justeru Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berharap pengundi di kawasan berkenaan tidak mensia-siakan segala kelebihan yang ada pada calon BN tersebut dalam usaha meneruskan lagi kesinambungan apa yang telah diusahakan sebelum ini selain ianya akan ditambah baik.

‘’Mohd Zaidi adalah anak tempatan dan dilahirkan di sini… bererti orang tempatan adalah amat penting untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kita. Orang luar ini… dahlah rumah tidak ada dalam kawasan… malah perasaan dia tidak ada untuk membangun tempat ini, jadi ini penting anak tempatan untuk menjadi calon dalam pilihan raya.

‘’Kelebihan kedua… siapakah antara calon itu sedikit sebanyak telah berjasa kepada kawasan berkenaan… Zaidi pernah jadi Ketua Cawangan… Ketua Penerangan UMNO Tanjung Malim… sekarang Pemangku Ketua Bahagian… sedikit sebanyak tentu ada jasa di kawasan ini.

‘’Ketiga kita tengok kepimpinan dan rekod… penglibatan beliau dalam NGO… penglibatan di dalam ABIM, MBM dan sebagainya lagi. Ini bererti bukan hanya berperanan di Tanjung Malim tetapi juga diperingkat pusat dan ASEAN,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Taqarrub di Pusat Daerah Mengundi Pekan Lama, di sini, Isnin malam.

Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian seterusnya menambah pengundi juga perlu melihat siapakah di belakang Mohd Zaidi jika beliau mendapat kepercayaan pada 29 Ogos nanti.

Katanya dibelakang Zaidi sudah pasti kerajaan Negeri Perak dan juga kerajaan pusat yang sedikit sebanyak akan membantu mempermudahkan segala urusan yang berkaitan dengan penduduk setempat kelak.

‘’Manakala ‘kerajaan’ apa ada di belakang dua calon bebas… calon bebas ini kerajaan bumi dan kerajaan langit pun tidak ada. Jadi dengan perbandingan dan kelebihan yang ada ini kita perlu memenangkan Mohd Zaidi sebagai wakil rakyat pada 29 Ogos ini,’’ ujarnya lagi.- UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.