Undi BN Untuk Bawa Suara Rakyat Dalam Sidang DUN – Mohd Zaidi

TANJUNG MALIM, 16 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz berharap para pengundi akan memilih BN bagi membolehkan suara rakyat terus didengar.

Katanya, kemenangan BN amat penting demi kesinambungan pembangunan yang sangat penting kepada rakyat.

“Saya berharap agar penduduk di sini boleh memberikan undi kepada saya. Saya akan cuba bawa suara rakyat dalam sidang DUN dan akan lihat bagaimana keperluan yang diinginkan oleh masyarakat setempat,” katanya.

Mohd Zaidi berkata demikian dalam Majlis Ramah Mesra bersama pemimpin masyarakat dan warga Felda Trolak Selatan di sini, hari ini.

PRK Slim yang akan diadakan pada 29 Ogos ini,  menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan Mohd Zaidi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim ditentang oleh dua calon Bebas.

Calon Bebas ialah Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang belum didaftar secara rasmi dan baru berusia sekitar dua minggu.

Seorang lagi calon Bebas ialah S. Santharasekaran, 44 tahun.

SPR menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula semalam. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.