Pandangan, Aspirasi Rakyat Menerusi Jelajah Perkukuh Pembangunan Pelan Tindakan Perpaduan Negara

KLUANG, 8 Ogos- Segala pandangan dan aspirasi rakyat yang dikumpul menerusi program jelajah jerayawara bersama rakyat bulan ini, dilihat akan dapat memperkukuhkan lagi pembangunan Pelan Tindakan Perpaduan Negara.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, justeru beliau berharap orang ramai dari segenap lapisan masyarakat dapat tampil bersama mengambil bahagian, bagi menyatakan aspirasi dan harapan mereka dalam memperkukuhkan perpaduan negara.

Beliau berkata jelajah yang akan mengelilingi seluruh negeri itu dirancang akan diadakan dalam masa yang terdekat, bulan ini.

Menurutnya pihak kementerian akan berusaha bukan sahaja untuk mendapatkan pandangan atau maklum balas orang ramai semata-mata, tapi juga mendengar nasihat, bantahan dan juga teguran daripada rakyat berhubung soal perpaduan menerusi jerayawara itu.

“Selepas selesai jerayawara ini, kita akan bawa balik (segala pandangan dan aspirasi rakyat ) untuk perkukuhkan lagi pembangunan Pelan Tindakan Perpaduan Negara yang akan dilancarkan pada tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Alat Pengimbas Suhu di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, di sini, hari ini.

Halimah berharap agar usaha itu dapat memberi kesan dari segi pelaksanaannya bagi menentukan Pelan Tindakan Perpaduan dapat berfungsi dan mendapai matlamat seperti yang dihasratkan.- BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.