UMNO Rakam Takziah, Mantan Pengerusi BKIP UMNO Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama seluruh kepimpinan UMNO dan kakitangan Ibu Pejabat UMNO merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ishak Abdul Aziz yang kembali ke rahmatullah hari ini.

Allahyarham Ishak yang telah lebih 40 tahun berkhidmat di Ibu Pejabat UMNO bertugas di Bahagian Sistem Maklumat dan Keahlian dan pernah menjawat Pengerusi Badan Kebajikan Ibu Pejabat UMNO (BKIP) bermula 2009 hingga 24 Julai 2020.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Selayang hari ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, di sini lewat petang ini.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. – UMNO Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.