Dr Adham Lawat NIH Tinjau Fasiliti

SHAH ALAM, 26 Jun, – Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Adham Baba, telah mengadakan lawatan ke Institut Kesihatan Negara (NIH), KKM, di Setia Alam semalam.

Beliau sendiri meninjau lebih dekat fasiliti sedia ada termasuk Makmal In Vivo IMR dan perjalanan 6 institut di bawah NIH.

Dr Adham kemudiannya dibawa melawat ke Makmal In Vivo Research Facility di Aras 5 NIH, Makmal Elektron Mikroskopi di Aras 1, NIH dan Galeri, NIH.

Satu sesi taklimat mengenai Perkhidmatan Teras NIH telah dibentangkan kepada Dr Adham oleh Dr S Asmaliza di Auditorium Perdana, NIH.

Secara umumnya, lawatan ini adalah bertujuan bagi melihat segala fasiliti dan kemudahan yang terdapat di NIH yang merangkumi 6 buah Institut Penyelidikan di bawah KKM dalam menyampaikan informasi berkaitan perkhidmatan teras dan penyelidikan terkini.

Kompleks NIH yang dibina di atas keluasan tanah 40 ekar yang terdiri daripada 23 bangunan ikonik yang merangkumi bangunan bagi 6 Institut, Pejabat Pengurus dan Pendaftar, Ruang Gunasama, Kuarters dan Residensi ini merupakan Kompleks Penyelidikan Kesihatan tercanggih dan berteknologi tinggi di Malaysia.

Ketibaan Dr Adham telah disambut oleh Dr S Asmaliza Ismail, Pengurus NIH; Dr Tahir Aris, Pengarah IMR Kuala Lumpur; Dr Noor Ani Ahmad, Pengarah IKU, NIH; Dr Nor Izzah Ahmad Shauki, Pengarah IPSK, NIH; Datuk Dr Goh Pik Pin, Pengarah ICR, NIH; Dr Nor Hayati Ibrahim, Pengarah IPK, NIH; Dr Manimaran Krishnan, Pengarah IPTK, NIH; Puan Safriah Md Adzhar, Pendaftar NIH dan Dr Alan Khoo, Ketua Pusat Penyelidikan Kanser, IMR, NIH.

Hadir sama Dr Hishamshah Mohd Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), KKM dan Dr Norhayati Rusli, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, KKM. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.