COVID-19: Malaysia Rekod 16 Kes Baharu, Tiada Kematian – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Malaysia melaporkan 16 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah kumulatif terkini kes positif sebanyak 8,572 pesakit, manakala kematian kekal pada 121 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu merangkumi 13 penularan tempatan dan tiga kes import yang melibatkan dua warga Malaysia dan seorang pemastautin tetap.

“Bagi 13 kes penularan di dalam negara, sembilan melibatkan bukan warganegara manakala hanya empat kes adalah dalam kalangan warga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata berikutan kes baharu tersebut, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini ialah 295 kes. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.