COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular 11.45 Pagi, 12 Jun – KKMM

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Berikut adalah senarai terkini penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini.

1. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan kenyataan di media sosial yang mendakwa beliau tidak menggalakkan rakyat Singapura berkunjung ke Johor Bahru, Johor jika hanya untuk mengisi minyak kenderaan, mencuci kereta, makan-makan atau membeli barangan dapur yang murah.

Beliau menyeru orang ramai agar berhenti menyebarkan berita palsu untuk mengelakkan tercetusnya salah faham dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

2. Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bernam Jaya, Datuk Abd Rahman Bakri menafikan dakwaan bahawa pertubuhannya terlibat dalam projek perusahaan ternakan ayam yang menjadi punca serangan lalat kepada penduduk di buah tiga buah kampung iaitu Sapintas, Bagan Nira dan Bagan Tunjang di Parlimen Sabak Bernam.

Beliau menjelaskan bahawa projek ternakan ayam tersebut diusahakan oleh individu dan pihaknya tidak lagi terlibat dalam projek itu sejak 2014. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.