Lapan Exco Perlis Angkat Sumpah

ARAU, 11 Jun – Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis mengangkat sumpah sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau di sini hari ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berangkat pada majlis yang berlangsung di Balai Menghadap Istana Arau.

Mendahului senarai mengangkat sumpah ialah Asmaiza Ahmad (Chuping), diikuti Nurulhisham Yaakob (Simpang Empat), Azizan Sulaiman (Santan), Hamizan Hassan (Kayang), Ruzaini Rais (Beseri), Rozieana Ahmad (Pauh), Siti Berenee Yahaya (Mata Ayer) dan Teh Chai Aan (Titi Tinggi).

Turut hadir pada majlis tersebut Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Hamdan Bahari, Setiausaha Kerajaan Negeri Azman Mohd Yusof dan Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.