Kerajaan Perlu Tegas, Hukuman Berat Wajib Dikenakan Untuk Pemandu Mabuk

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang mendesak kerajaan untuk bertindak tegas dan berlaku adil terhadap kes kali ini berserta kes yang sebelumnya, kerana kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol ini adalah berat dan wajib dibawa di muka pengadilan secepat mungkin.

Menurut Ketuanya, Rosesarwandi Yaacob berkata masih terdapat individu yang tidak bertanggungjawab memandu di bawah pengaruh alkohol yang telah menyebabkan nyawa insan yang tidak berdosa menjadi korban.

“Kami mendesak agar pihak Kerajaan mengenakan hukuman denda dan penjara yang setimpal atas kesalahan pemandu mabuk ini agar kejadian ini tidak berulang lagi.

“Hidup dan mati bukan kuasa kita, namun Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang berpendapat individu yang sengaja mencabar undang-undang wajar dikenakan pengajaran setimpal dengan kesalahan mereka,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Tambah Rosesarwandi lagi, dari satu peristiwa, ke satu peristiwa yang lain, kemarahan rakyat pun masih belum reda terhadap sikap yang tidak bertanggungjawab individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga mengakibatkan nyawa insan yang bersalah menjadi korban.

“Hari ini berlaku lagi kejadian yang menyayat hati dimana seorang penghantar makanan meninggal dunia ditempatkan kejadian selepas dilanggar pemandu mabuk ketika didalam perjalanan pulang setelah selesai menghantar makanan. Keadilan harus ditegakkan,” tegasnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.