COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular 12.30 Tengah Hari, 21 Mei – KKMM

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Berikut adalah senarai terkini penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) tengah hari ini.

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan bahawa Ketua Pengarah Kesihatan telah menarik balik kebenaran berhari raya dan tradisi ziarah ahli keluarga terdekat pada hari raya pertama Aidilfitri kerana ramai telah curi-curi merentas negeri untuk pulang ke kampung.
KKM menegaskan kenyataan itu bukan daripada Ketua Pengarah Kesihatan dan menasihati orang ramai supaya berhenti menyebarkan berita berkenaan bagi mengelakkan kekeliruan.

2. Pihak Pengurusan Pusat Membeli-Belah Aman Central, Alor Setar, Kedah menafikan khabar angin kononnya terdapat kes COVID-19 di AMAN CENTRAL seperti yang tular dalam media sosial. Pihaknya memberi jaminan bahawa Aman Central selamat untuk dikunjungi oleh orang ramai. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.