Sidang DUN Perlis Esok Hanya Satu Jam Setengah

KANGAR, 19 Mei – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis esok hanya akan berlangsung selama satu jam setengah.

Speaker DUN Perlis Datuk Hamdan Bahari berkata perkara itu diputuskan seiring dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan menurut Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan penularan wabak COVID-19.

“Kita akan pastikan persidangan berlangsung dalam tempoh yang disarankan iaitu selama satu jam setengah dan tidak akan melebihi dua jam,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Persidangan DUN Perlis ke-14 sepatutnya berlangsung selama dua hari bermula esok.

Hamdan juga berkata kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu datang awal bagi menjalani saringan kesihatan yang akan dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Perlis bermula 9 pagi sebelum mereka dibenarkan memasuki dewan persidangan.- BERNAMA                

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.