COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular Setakat 11.30 pagi, Hari Ini – KKMM

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pagi ini.

1. Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor menafikan dakwaan terdapat pesakit positif COVID-19 di Klinik Sentral, Bandar Utama Daerah Segamat seperti yang tular di media sosial.

2. Pihak pengurusan Econsave menafikan dakwaan bahawa pekerjanya di Econsave Alam Jaya, Puncak Alam, Selangor positif COVID-19. Pihak Econsave memberi jaminan sentiasa melaksanakan kerja menyahkuman premis pasar raya miliknya demi keselamatan pekerja dan pelanggan. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.