Sultan Muhammad V Kurnia Dua Juta Sarung Tangan Kepada KKM

PUTRAJAYA, 28 April – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menerima kurniaan peribadi Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berupa dua juta sarung tangan getah perubatan untuk digunakan oleh petugas barisan hadapan dalam memerangi wabak COVID-19.

Sumbangan itu diserahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili Sultan Muhammad V kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu majlis di KKM di sini hari ini.

Majlis penyerahan itu disaksikan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KKM Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. – BERNAMA

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.