Tarikh Akhir Permohonan Baharu Dan Rayuan Bantuan Prihatin Nasional

KUALA LUMPUR, 27 April – Bantuan Prihatin Nasional (BPN) merupakan bantuan tunai secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat khusus untuk meringankan beban kewangan golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Pemberian BPN bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH) manakala BPN bagi golongan M40 pula adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Sehubungan itu, bagi isi rumah mahupun individu bujang yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan tetapi tidak tersenarai atau tidak lulus, mereka boleh membuat permohonan baharu atau rayuan melalui portal rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my.

Permohonan baharu dan rayuan ini hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 30 April 2020. Setiap permohonan baharu dan rayuan yang diterima akan mula diproses pada bulan Mei 2020. Bagi permohonan yang lulus, bayaran secara sekaligus juga akan dilakukan pada bulan Mei 2020.

Pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) BPN yang dimuatnaik pada portal rasmi BPN untuk mendapatkan maklumat lanjut atau klik pada capaian pantas seperti berikut:
https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/BPN2020_(FAQ)_BantuanPrihatinNasional(Kemaskini%2017042020).pdf.

Selain itu, sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

a) Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara);

b) HASiL Live Chat;

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan

d) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:
• Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM
• Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 27 April 2020

SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel : 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21965/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.