Johor Pertimbang Wujud Pusat Perlindungan Khusus, Bantu Gelandangan Selepas PKP

KULAI, 26 April – Kerajaan negeri akan mempertimbang untuk mewujudkan pusat perlindungan gelandangan khusus buat golongan itu di negeri ini selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Zaiton Ismail berkata satu perbincangan akan diadakan selepas tempoh PKP itu dalam usaha membantu golongan berkenaan selepas PKP.

Perbincangan itu akan dibuat bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru Adib Azhari Daud, katanya kepada pemberita selepas melawat pusat gelandangan sementara di Kem Wawasan Negara Gunung Pulai di sini, hari ini.

“Kita berharap dapat wujudkan pusat itu dan kemungkinan akan fokus untuk mereka dapat bekerja,” katanya sebagai mengulas mengenai perancangan jangka panjang kerajaan negeri bagi membantu golongan gelandangan berkenaan.

Mengenai pusat gelandangan sementara itu, beliau berkata, 191 gelandangan mendapat perlindungan di kem berkenaan semenjak ia dibuka pada 4 April lepas. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.