COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular Setakat 10 Pagi, 26 April – KKMM

KUALA LUMPUR, 26 April – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini.

1. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menafikan pernah mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Penghantaran Pulang Pelajar-Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) ke Kampung Halaman semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2. Petronas menafikan laporan berita mengenai penutupan operasi 14 pelantar minyaknya di Malaysia. Petronas menjelaskan hanya beberapa projek sahaja di pelantarnya yang dikenakan penggantungan sementara berikutan PKP bagi membendung penularan COVID-19. Namun, kebanyakan projek sudah beroperasi semula setelah mendapat kelulusan kerajaan. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.