COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular Setakat 9 Pagi, 12 April – KKMM

KUALA LUMPUR, 12 April – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini.

1. Malaysian Golf Association menafikan dakwaan bahawa kerajaan membenarkan pembukaan semula kelab golf sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan syarat garis panduan tertentu dipatuhi.

2. Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Selangor menafikan pernah mengeluarkan hebahan untuk memohon sumbangan barangan keperluan seperti Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE), minuman dan makanan untuk petugas barisan hadapan. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.