COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular Setakat 7.30 Malam, 11 April – KKMM

KUALA LUMPUR, 11 April – Berikut senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) malam ini.

1. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia menafikan pernah mengeluarkan dokumen bertajuk “Cadangan SOP & Garis Panduan Bagi Kebenaran Beroperasi Untuk Projek Pembinaan Semasa PKP” dan “Garis Panduan Amalan Langkah Pencegahan COVID-19 Industri Pembinaan”.

2. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan surat edaran bertarikh 7 April 2020 dikeluarkan Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN), yang tular di media sosial, mengarahkan pemotongan Elaun Keraian lima peratus bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 44 dan ke atas. Kenyataan media daripada Pejabat KSN bertarikh 9 April 2020 menjelaskan bahawa Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan Tertinggi bersetuju mengurangkan Imbuhan Tetap Keraian (ITK) terhad kepada Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) untuk tujuan menyumbang kepada Tabung COVID-19. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.