UMNO Alor Setar Sedia Misi Bantuan Pek Makanan ‘FoodGrab’ Bantu Wira Negara Dan Rakyat

ALOR SETAR, 7 April – UMNO Alor Setar telah melancarkan Misi Bantuan Pek Makanan ‘FoodGrab’ Wira Negara dan Bantuan Bakul Makanan kepada mereka yang memerlukan khususnya di Parlimen Alor Setar.

Menurut UMNO Alor Setar, setakat hari ini Bantuan Bakul Makanan telah diberikan kepada 1,600 keluarga diperingkat Parlimen tersebut bermula apabila gelombang pandemik COVID-19 melanda negara ini.

“Alhamdulilah, setakat 7 April 2020, UMNO Alor Setar telah mengedarkan 16,799 pek makanan kepada barisan hadapan yang bertugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan oleh Kerajaan Malaysia,” katanya dalam kenyataan berkaitan hal tersebut.

Maklumnya, Bakul Makanan tersebut mengandungi barang keperluan harian bagi meringankan tanggungan keluarga.

“Bantuan Foodgrab dan Bakul Makanan akan terus berlangsung sepanjang tempoh PKP. UMNO Alor Setar akan terus komited dalam membantu barisan hadapan negara dan masyarakat Parlimen Alor Setar,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.