Teruskan Perangi Wabak COVID-19, Kita Harus Menang – Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR, 5 April – Usaha bagi mengekang penyebaran wabak COVID-19 terus giat dijalankan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah masuk hari ke-19 hari ini.

Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang ramai agar terus memerangi wabak COVID-19 ini.

“Teruskan kita perangi Wabak Covid-19. Kepanikan adalah separuh penyakit, ketenangan adalah separuh ubat dan kesabaran adalah permulaan kesembuhan. Sama-sama kita berdoa,” ujarnya pendek menerusi Facebook beliau.

Dilaporkan, fasa pertama PKP bermula 18 Mac hingga 31 Mac, diikuti fasa kedua dari 1 hingga 14 April ini.
Kes COVID-19 pertama dalam negara dikesan pada 25 Januari lalu membabitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura.

Pada 31 Januari, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak tersebut sebagai darurat kesihatan dunia. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.