Tiada Bazar Ramadan Selagi PKP Dilaksanakan – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 3 April – Semua bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi selagi Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) dilaksanakan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, beliau berkata jika PKP ditamatkan, pihak Majlis Keselamatan Negara akan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi menentukan perkara berkenaan.

“Kita akan sediakan SOP selepas PKP, maka soal berkaitan bazar Ramadan akan ditentukan selepas ini sama ada boleh dilaksanakan atau dilaksanakan dengan SOP-SOP tertentu.

“Cuma selagi PKP fasa 2 diteruskan atau tiba-tiba ada PKP lain, pasar Ramadan tidak dibenarkan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri (Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan) hari ini. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.