Sikap Rakyat Akan Tentukan COVID-19 Dikekang Atau Sebaliknya – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, pemimpin negara serta pihak berkuasa telah melakukan yang terbaik untuk menghentikan penularan wabak COVID-19 hari ini.

Pada pandangan beliau, jika ianya gagal ianya berpunca daripada sikap rakyat yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah ramai lagi yang masih tidak pedulikan PKP ini seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku

“Masih ramai masyarakat yang keluar melepak, memancing, berkelah dan ada yang melakukan ‘private party’ semalam di Johor Bahru.

“Saya merayu seluruh rakyat Malaysia agar mematuhi arahan kerajaan supaya kita dapat memutuskan rantaian COVID-19 ini. Kejayaan atau kegagalan Malaysia ini terletak di tangan kita,” ,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Berkongsi pandangannya lagi, beliau berkata negara Amerika Syarikat antara negara yang paling banyak disahkan positif wabak COVID-19 dan jumlahnya meningkat dengan begitu mendadak.

“Sikap memandang remeh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam menangani wabak maut itu pada peringkat awal dikatakan sebagai punca COVID-19 merebak dengan pantas.

“Penularan wabak COVID-19 di Amerika Syarikat dikatakan berpunca daripada kegagalan pemimpin mereka iaitu Trump kerana terlalu yakin dengan perubatan yang dimilikinya. Malangnya, kes positif di negara tersebut meningkat lebih 15,000 orang dan hampir 2000 kematian. Sikap sambil lewa Trump akhirnya memusnahkan negaranya,” ujarnya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.