IPD Klang Utara Nafi Keluar Kenyataan Selangor Akan Laksana ‘Fully Locked Down’


SHAH ALAM, 27 Mac – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, menafikan pihaknya ada mengeluarkan mesej yang tular dalam laman sosial, mengatakan negeri Selangor akan melaksanakan ‘fully locked down’.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata, mesej yang tular dalam Facebook dan aplikasi Whatsapp itu didakwa, berdasarkan maklumat daripada seorang dikatakan pegawai berpangkat ASP di IPD berkenaan.

“Pihak IPD menafikan sekeras-kerasnya pernah mengeluarkan sebarang mesej atau kenyataan berkenaan,” katanya dalam kenyataan ringkas di sini, hari ini.

Mesej tular itu menyebut ‘Selangor expected to fully locked down very soon, because too many cases. Apparently Sultan had given the green light, stock up sufficient essentials. Message from ASP IPD Klang Utara who is in our Berkerley Association’. (Selangor dijangka akan diletakkan dalam perintah tidak dibenarkan keluar atau masuk sepenuhnya tidak lama lagi, disebabkan terlalu banyak kes. Sultan juga telah memberikan kebenaran, simpan barangan keperluan. Mesej daripada ASP IPD Klang Utara, yang juga dalam Persatuan Berkerley kita). – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.