COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular – Pasukan Respon Pantas KKMM

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Berikut senarai penafian berita tular di media sosial oleh agensi-agensi bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini.

1. Hospital Pakar Sultan Fatimah (HPSF), Muar menafikan bahawa terdapat staf HPSF positif COVID-19.

2. Pengarah Hospital Selayang menafikan pihaknya ada menerima sumbangan wang sebanyak RM160,000 untuk pembelian ventilator. Ini berikutan dakwaan berita yang tular mengatakan Zurich Malaysia telah menderma RM160,000 kepada Hospital Selayang untuk membeli ventilator.

3. Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan berita tentang bantuan perubatan untuk Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebenarnya adalah inisiatif badan bukan kerajaan (NGO). – BERNAMA

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.