COVID-19: Dua Kematian, 123 Kes Positif Baharu – Noor Hisham

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Dua lagi kematian akibat COVID-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia sehingga kini akibat wabak itu di Malaysia ialah 10 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian itu masing-masing melibatkan kes ke-890 iaitu doktor perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan kes ke-259 iaitu daripada kluster tabligh di Sri Petaling, kedua-duanya warganegara Malaysia.

“Kes kesembilan merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara ke Turki. Beliau merupakan kakitangan KKM yang sebelum ini dirawat di ICU Hospital Tuanku Fauziah, Kangar,” katanya di dalam satu sidang media di sini hari ini.

Jelasnya, kes kematian kesepuluh seorang lelaki berumur 74 tahun dari kluster tabligh.

“Beliau dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac dan diberikan bantuan alat pernafasan sebelum meninggal dunia pada jam 4.05 petang,” ujarnya.

Tambah Dr Noor Hisham, 25 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 139 kes.

Terdapat juga katanya 123 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 meningkat 1,306.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.