Peniaga Sewa Premis DBKL Dikecualikan Sebulan, 500 Pekerja Harian Dibayar Penuh – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata susulan perintah kawalan pergerakan, peniaga yang menyewa premis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan dikenakan sewa sebulan.

Pada masa yang sama beliau turut mengumumkan 500 pekerja harian DBKL akan mendapat bayaran penuh walaupun mereka tidak bekerja sepanjang tempoh 14 hari perintah tersebut.

“Berkenaan 806 orang yang dikuarantin di Masjid SRi Petaling di Kuala Lumpur akan ditaja makan dan minum dengan dana sehingga RM300,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pengumuman yang dibuat stesen penyiaran rasmi kerajaan, RTM malam tadi.

Annuar Musa ketika mengumumkannya berkata ianya adalah susulan perintah kawalan pergerakan selama dua minggu yang berkuatkuasa sehingga 31 Mac ini bagi membendung penularan koronavirus Covid-19.

Setakat ini, Malaysia mencatatkan 790 kes manakala 60 pesakit telah sembuh dan dua kematian direkodkan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.