COVID-19: 110 Kes Baharu, Jumlah Kumulatif 900 – Adham Baba

PUTRAJAYA, 19 Mac – Sebanyak 110 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 900 kes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata 63 daripada 110 kes baharu itu berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, baru-baru ini.

“Sehingga kini, seramai 20 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di kementeriannya di sini hari ini. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.