Pembangunan Putrajaya Perlu Jadi Cerminan Kejayaan Negara – Annuar

PUTRAJAYA, 17 Mac – Konsep pembangunan Putrajaya di masa depan perlu menjadi cerminan kepada kejayaan negara dari sudut perancangan, seni bina dan pengurusan alam sekitar, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata Putrajaya berkembang pesat menjadi bandar pentadbiran bertaraf dunia yang sering menjadi rujukan negara lain sejak pembukaannya 25 tahun lepas

“Untuk itu, kita akan pastikan pembangunan Putrajaya di masa akan datang diteruskan mengikut konsep sedia ada bagi mengekalkan keistimewaannya yang sering dirujuk perancang, pengurus dan pentadbir bandar daripada pelbagai negara,” katanya.

Annuar berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama pengurusan tertinggi Perbadanan Putrajaya (PPj) di sini hari ini. Hadir sama Presiden PPj Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Beliau berkata antara cabaran utama adalah untuk mengekalkan kehijauan dan alam sekitar berkualiti di Putrajaya berdasarkan konsep pembangunan Green City yang menjadi ikonik kepada bandar pintar itu. – BERNAMA