IPT Diminta Sediakan Penempatan Sementara Kepada Pelajar Hadapi Kekangan Termasuk Akses Makanan – Noraini

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad meminta pihak Institut Pengajian Tinggi (IPT) menyediakan penempatan sementara kepada para pelajar yang menghadapi kekangan untuk pulang ke kampung halaman dan memastikan pelajar mendapat akses makanan melalui kafeteria.

“Kita maklum dengan arahan larangan pergerakan dan pekeliling pentadbiran yang dikeluarkan beberapa Universiti Awam untuk mahasiswa mengosongkan kampus.

“Namun, tindakan pulang tergesa-gesa dikhuatiri akan mengeruhkan keadaan dan mahasiswa akan lebih terdedah kepada wabak jika tidak melalui pamantauan yang rapi,” katanya di dalam facebook beliau di sini, hari ini.

Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO seterusnya meminta agar para pelajar terus peka dengan arahan semasa yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dari semasa ke semasa.

“InshaAllah, kita akan bersama-sama berjaya menangani wabak ini,” ujarnya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi mengisytiharkan Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan pergerakan berkuat kuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac, di seluruh negara bagi mencegah penularan baharu wabak Covid-19 yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat.

Perintah kawalan itu dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Ia turut memnbabitkan penutupan sekolah serta pusat pengajian tinggi kerajaan dan swasta. – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.