Covid-19: Mesyuarat UMNO Cawangan Ditangguhkan

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa mesyuarat 21,039 UMNO Cawangan di seluruh negara yang telah bermula pada 15 Feb lalu ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Katanya, ini adalah sebagai langkah berhati-hati akibat penularan Covid-19.

“Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO hari ini telah membuat dua keputusan iaitu mesyuarat 21,039 UMNO Cawangan di seluruh negara yang telah bermula pada 15 Feb 2020 adalah ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, semua program UMNO yang melibatkan orang ramai adalah tidak digalakkan buat masa ini dan dinasihatkan agar ditangguhkan.

Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah menetapkan persidangan UMNO Cawangan bermula pada 15 Februari hingga 19 April 2020, diikuti Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada 1 Jun hingga 20 Julai 2020. Seterusnya ialah Konvensyen UMNO Negeri-negeri yang dijadualkan bermula 1 Ogos hingga 15 September 2020 sementara Perhimpunan Agung UMNO 2020 ialah pada 26 hingga 31 Oktober 2020 – UMNO-Online

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2020/03/Kenyataan-Media-SUA-16-Mac.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.