Fitnah Terhadap UMNO Tindakan Terdesak Dan Memalukan – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membidas pihak-pihak yang cuba menyebarkan fitnah terhadap tuntutan UMNO di media sosial.

Menurut beliau beberapa posting asal mengenai apa yang diutarakan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO baru-baru ini telah diubah suai oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Memalukan jika ini benar…Nampak ‘try hard’ untuk memburukkan UMNO. Sedangkan tuntutan UMNO yang sebenar ialah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan segera bagi menyiasat segala tuduhan salah laku dan penyelewengan Pakatan Harapan (PH) terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pengurusan Tabung Haji (TH).

“Menuntut Kerajaan PN menilai semula semua keputusan penjualan secara lambak aset-aset strategik negara dan agensi berkepentingan rakyat termasuk Tabung Haji, Khazanah Nasional, LTAT dan semua Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

“Demi memenuhi prinsip ‘rule of law’ yang sebenar, UMNO juga mendesak kes-kes penyelewengan yang dihentikan perbicaraannya oleh kerajaan PH dibuka semula, ini termasuklah kes skandal rasuah terowong dasar laut dan 3 lebuhraya melibatkan pemimpin DAP bernilai RM 6.3 bilion,” katanya memerusi catatan di facebook.

Kata beliau lagi tuntutan lain ialah menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap mereka yang dikaitkan dengan kes pembunuhan yang menyayat hati melibatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Allahyarham Adib serta menggesa kerajaan baharu membatalkan agenda kerajaan PH untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)

“Membekukan keputusan pemberhentian kakitangan awam berstatus kontrak, dasar pengurangan kakitangan awam dan mengkaji semula dasar yang memastikan kebajikan penjawat awam terbela,” ujarnya.

Ujar beliau lagi link posting asal sebelum ia diubah suai oleh mereka yang tidak bertanggungjawab boleh dilihat menerusi pautan di bawah. UMNO Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.