Kerajaan PH Abai Kepentingan Rakyat… Mana Suara Masa Tu? – Armand Bidas PKR

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifah membidas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang hanya bersuara kononnya atas nama rakyat apabila Pakatan Harapan (PH) tidak lagi menjadi kerajaan.

“Wahai Nik Nazmi zaman sebagai kerajaan langsung tiada fikirkan kesejahteraan rakyat.

“Kini bila jadi pembangkang baru keluar gua nak komen ala-ala hero rakyat,” bidas Armand dalam satu hantaran di Facebooknya.

Armand memberi reaksi demikian mengulas tindakan Nik Nazmi yang juga Ketua Setiausaha Pengelola PKR yang membidas cadangannya untuk mengembalikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST); cukai yang lebih sistematik dan efisyen serta digunakan lebih seratus buah negara tetapi telah dimansuhkan oleh PH digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST); cukai yang bersifat regresif dan tidak telus.

Nik Nazmi mendakwa cadangan tersebut tidak masuk akal kerana katanya GST jelas membebankan rakyat walaupun dikurangkan kadarnya kepada 3%.

Seterusnya, Armand yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang menimbulkan persoalan buat Ahli Parlimen Setiawangsa itu ke mana hilang suara PKR ketika kerajaan PH dahulu banyak mengabaikan kebajikan rakyat.

“Masa subsidi rakyat ditarik mana suara beliau? Masa kebajikan rakyat tidak dibela, mana beliau? Masa kos sara hidup makin menekan, di mana beliau?

“Bila perpaduan negara makin rapuh, di mana beliau?

“Jawapannya beliau diam seribu bahasa tak ambil tahu pun pasal rakyat, tapi bila hilang kuasa baru nak bersuara,” katanya.

Rakyat sudah menilai, tegasnya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.