Pengalaman, Kepimpinan Reezal Merican Mampu Bawa Sukan Negara Lebih Cemerlang


KUALA LUMPUR, 10 Mac – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) percaya pengalaman, kepimpinan, dan kewibawaan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mampu membawa sukan negara ke aras yang lebih cemerlang dan terbilang di persada antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan, pentadbir Liga Malaysia itu mengalu-alukan pelantikan Reezal Merican sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu.

“Di pihak MFL, kami akan sentiasa memberikan kerjasama yang optimum dan sokongan sepenuhnya kepada beliau dalam meneruskan kesinambungan tugas dan meningkatkan usaha ke arah kecemerlangan sukan khususnya bola sepak tanah air,” kata Ab Ghani dalam satu kenyataan ringkas dalam laman Facebook MFL, hari ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kabinetnya merangkumi 31 menteri pada sidang akhbar khas di, Putrajaya semalam. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.