Kerajaan Baharu Bakal Tempuh Cabaran Besar Pulihkan Kehancuran Ciptaan PH

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Pengamal undang-undang Adnan seman berkata, barisan kabinet yang baru diumumkan mempunyai satu tanggungjawab dan cabaran yang amat besar untuk kembali membawa negara ke landasan yang sebenar.

Jelas beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO bahagian Bandar Tun Razak, selama 21 bulan negara ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH), terbukti negara menjadi rosak dan ekonomi juga hancur.

“Saya yakin dan percaya, pengalaman dan kemampuan ada ada pada pemimpin UMNO yang dilantik dalam kabinet dan mampu untuk menstabilkan kerajaan serta seterusnya membawa negara ke landasan yang betul walaupun cabaran yang menanti amat besar.

“21 bulan PH membawa naratif Malaysia baru kononnya untuk menyelamatkan negara yang dikatakan akan hancur dan muflis tapi melihat berdasarkan data dan statistik, merekalah yang membawa negara ke arah tersebut, mereka yang bertanggungjawab menghancurkan negara ini,” ujar beliau ketika menjadi tetamu jemputan dalam segmen Hujah bagi mengupas tajuk ‘Kabinet Perikatan Nasional: Harapan Rakyat’ yang disiarkan secara langsung menerusi facebook UMNO-Online malam tadi.

Tambah Adnan, tiada siapa yang boleh menafikan pengalaman pemimpin UMNO sebagai tunjang dalam Barisan Nasional (BN) dan penglibatan mereka dalam kabinet baru ini pastinya mampu membawa satu senario positif kepada negara dan seterusnya kepada rakyat.

Bagi Profesional muda Syafiq Fhandly pula, walaupun ada yang mendesak untuk memberi peluang lebih banyak kepada anak muda dalam barisan kabinet ini namun hakikat dan realitinya ini bukanlah masa yang sesuai untuk ‘try and error’.

“Jika kita lihat senarai kabinet baru ini hanya 10 orang yang berada di bawah usia kurang dari 50 tahun. Kita sebenarnya berada di persimpangan berjaya atau gagal dan sebab itu tidak boleh ada sebarang percubaan atau ‘try and error’.

“Sekarang ini bukan masa yang sesuai untuk mempertaruhkan anak muda yang kurang pengalaman sebab masa sekarang adalah masa untuk memulihkan ekonomi negara. Apa yang terjadi sepanjang 21 bulan pemerintahan PH jelas menunjukkan mereka bukan sahaja gagal tapi telah memusnahkan ekonomi kita baik bursa saham, mata wang dan aktiviti rakyat, malah lebih teruk lagi apabila negara berhadapan dengan krisis global.

“Sebab itu kita perlukan kekuatan kabinet untuk membawa negara ke arah yang betul. Harapan untuk melihat anak muda diketengahkan buat masa ini perlu ditangguhkan kerana negara memerlukan mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan bagi menyelamatkan negara ini,” tegas beliau lagi. – UMNO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.