Abang Syed Saddiq Sertai UMNO, Percaya Anak Muda Perlu Teruskan Legasi Perpaduan

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Hari ini bekas Menteri Belia dan Sukan kerajaan Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerima kejutan apabila abangnya sendiri iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman menyertai UMNO, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Shahrul Nasrun Kamaruddin.

Katanya dalam satu hantaran di media sosialnya Facebook dan Instagram, Syed Abdullah menyerahkan borang permohonan untuk ahli UMNO kepadanya dan disaksikan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang, Zulkifli Rajalie.

“Penyertaan Syed Abdullah ke dalam UMNO hari ini menunjukkan bahawa UMNO masih relevan di kalangan anak muda.

“Syed Abdullah berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Embry Riddle Daytona Beach, Florida, Amerika Syarikat,” ujarnya lagi.

Tambah Shahrul lagi, Pemuda UMNO menggalakkan agar lebih ramai golongan profesional muda menyertai UMNO dan bersama-sama berkongsi idea-idea baru serta tawaran baru (new deal) untuk generasi akan datang.

“Mungkin ada segelintir pihak sinis kemasukan saudara Syed Abdullah ke dalam UMNO ekoran isu kontroversi yang dikaitkan dengan dirinya.

“Pada saya setiap daripada kita pernah melalui zaman ‘nakal’ dan pastinya pernah melakukan kesilapan,” jelasnya lagi.

Seterusnya, Shahrul turut memetik luahan Syed Abdullah kenapa beliau memilih dan menyertai UMNO;

“…The founder of UMNO, that Tun Hussien created symbolises Unity. He was called the father of ‘Perpaduan’ for a reason. Today i have decided to pledge and join UMNO because i believe that the younger generation should continue that legacy.

“I’ve been abroad for a few years now, and after coming back home. I have witness the changes to this country which has caused me to side on a party i once believed and will continue believing similar to my ancestors who choose UMNO.

“UMNO is not perfect, some may say that it has lost its way. However, i have been blessed by surround myself with the younger generation who i believe will stand together to get UMNO back on track. To regain back its glorious days. To remind the younger generation of Malaysia that we can UNITE together as one. This is why i choose to join UMNO..”

Shahrun turut mengucapkan syabas kepada Syed Abdullah kerana memilih perjuangan UMNO walaupun adiknya sentiasa melemparkan tohmahan buruk terhadap UMNO. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.