Presiden UMNO Berjiwa Besar, Perlu Ada Dalam Barisan Kabinet – Noraini

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Wanita UMNO merasakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu ada dalam barisan kabinet demi maruah parti seterusnya membantu Perdana Menteri dalam pengurusan pentadbiran negara.

Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata tindakan Dr Ahmad Zahid yang menawarkan diri untuk tidak dilantik dalam barisan kabinet kerajaan baharu yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN), jelas menunjukkan betapa jiwa besar pemimpin UMNO yang perlu dicontohi oleh semua pihak.

“Wanita UMNO dengan ini menzahirkan  sepenuh sokongan kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk berada dalam barisan kabinet yang bakal dibentuk,” katanya dalam kenyataan berkaitan hal tersebut.

Dalam masa yang sama, beliau mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada Dr. Ahmad Zahid yang menawarkan diri untuk tidak dilantik dalam barisan kabinet kerajaan baru yang diterajui oleh PN.

“Ini jelas menunjukkan betapa jiwa besar pemimpin UMNO yang perlu dicontohi oleh semua pihak,” katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.