Perikatan Nasional Gabungan Bersama, Institusi Presiden UMNO Mesti Dipelihara

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Abu Hanifah mengingatkan kekuatan Kerajaan Perikatan Nasional diperkukuhkan bersama UMNO/Barisan Nasional (BN), PAS dan GPS bersama PPBM yang membolehkan Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat sebagai Perdana Menteri dalam kerajaan baharu.

Maknanya, kata beliau jika struktur gabungan UMNO, BN, PAS dan GPS bersama PPBM bermasalah maka ianya boleh menganggu kekuatan Perikatan Nasional.

“Bagi menjaga keutuhan UMNO BN, institusi Presiden UMNO mesti dipelihara.

“Oleh itu walaupun Presiden UMNO membuat keputusan bersedia untuk tidak dicalonkan, kita tetap berharap Perdana Menteri menerima cadangan serta pandangan kepimpinan akar umbi bagi meletakkan Presiden UMNO dalam Kabinet Perikatan Nasional kerana ini amatlah penting bagi keutuhan UMNO BN khususnya institusi Presiden dan demi kepentingan bersama dalam Gabungan Perikatan Nasional,” katanya dalam kenyataan berkaitan isu tersebut.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang bersama anggotanya menekankan berdiri teguh dan menghormati pendirian Presiden UMNO.

“Keputusan bersedia untuk tidak dicalonkan dalam kabinet Perikatan Nasional jelas memperlihatkan keikhlasan, kewibawaan, dan keperibadian tinggi seorang pemimpin.

“Beliau mahu menghadapi perbicaraan dan pendakwaan politik di makamah ini jelas menunjukkan keberanian dan jiwa yang kental sebagai seorang Presiden UMNO dimana secara jelas ianya adalah pendakwaan bersifat politik dendam yang kotor ciptaan Rejim Pakatan Harapan untuk jatuh dan rosakkan intergriti beliau sebagai pemimpin utama UMNO.”

Tegasnya lagi, prinsipnya dalam sistem perundangan di negara ini ialah seorang tidak bersalah selagi makamah tidak membuktikan beliau bersalah.

“Ini mesti dipegang oleh rakyat Malaysia.” – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.