Penawaran Sukar Presiden UMNO, Harap PM Tolak Tawaran Tersebut

Dalam kemelut mencipta kabinet Perikatan Nasional, ramai yang tidak menyangka bahawa Presiden UMNO sanggup membuat penawaran untuk tidak dipilih menjadi angota kabinet Perikatan Nasional.

Sehari sebelum pengumuman, saya berjumpa dengan Datuk Seri Zahid, biasa la, sebagai ahli politik, kita selalu ingin tahu apa perkembangan terkini, apatah lagi apabila mendapat peluang bertanya dengan tuan punya badan. Pada hari itu, Datuk Seri Zahid cukup ceria, sering senyum, dari pandangan dan riak muka beliau, tidak ada yang menunjukkan bahawa beliau akan membuat tawaran seperti itu.

Perbualan kami bermula dengan Penceritaan “Penjanjian Hudaibiah”, kamu tahu tak cerita pasal Rasulullah nak menunaikan Umrah, lepas tu Kaum Muslimin tidak dibenarkan masuk Mekkah, 10 tahun kemudian baru boleh masuk” – Zahid.

Dalam hati, terdetik saya jawapan yang telah kami perolehi. “Datuk Zahid akan berundur setapak kebelakang”.

Ini merupakan satu pengorbanan yang cukup besar, di dalam peristiwa Hudaibiah itu juga, ramai sahabat tidak bersetuju dengan keputusan Rasulullah, keputusan yang difikirkan berat sebelah, orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak dikembalikan, malah orang Quraisy lari ke Islam mesti dikembalikan. Selain dari itu, Islam boleh diamalkan tanpa peperangan.

Pandangan saya, di dalam Peristiwa Hudaibiah ini, ada juga pengajaraan “Bai’ah” satu sumpah persahabatan apabila Uthman Bin Affan ditahan oleh pihak Musyrikin, sehingga perkhabaran beliau sudah dibunuh. Namun setelah Baiah ini di menterai, para sahabat bersatu hati untuk mempertahankan pengkhianatan yang dilakukan kepada Uthman Bin Affan. Pihak lawan ketakutan sehingga melepaskan Uthman Bin Affan.

Kepada Tan Sri Muhyddin, sekian lama persepsi di cipta oleh Tun Dr Mahathir terhadap orang yang beliau lawan, bermula dari Anwar Ibrahim, Tun Mahathir sanggup memenjarakan Anwar kerana beliau melawan Tun Dr Mahathir, pelbagai penceritaan yang direka sehingga fitnah itu menjadi benar.

Sebaik sahaja Tun Dr Mahathir berjaya menjatuhkan Datuk Seri Najib, beliau tidak ada cara lain, selain mengorek apa sahaja bukti untuk memastikan pemimpin UMNO di kenakan tindakan mahkamah. Saban hari, Negara ini dihidangkan dengan cerita tentang pemimpin UMNO untuk memburuk-burukan UMNO, walaupun usia sudah di hujung nyawa, beliau tidak pernah merasai ada dosa dengan penciptaan-penciptaan ini.

Tuan Guru Hadi Awang, secara konsistan mahukan Kabinet ini dari kalangan yang berintrigiti, berpengalaman dan bersih, dan beliau menyatakan bahawa keperluan mengikut lunas undang-undang, selagi tidak didapati bersalah, orang itu dianggap bersih.

Tawaran yang dibuat oleh Presiden UMNO adalah untuk pertimbangan Tan Sri, gunakanlah kebijaksanaan Tan Sri untuk mencipta kabinet yang stabil dan boleh bekerja dengan baik kepada rakyat. UMNO dan PAS mempunyai kerusi terbanyak, sokongan dari Bebas dan parti-parti lain juga kepada UMNO dan PAS.

Sebagai Ahli MKT, saya berharap Tan Sri dapat menolak tawaran ini, jadikan peristiwa menyelamatkan Uthman Bin Affan sebagai tauladan, perjanjian Baiah antara sahabat yang akan mengerunkan pihak lawan. Kita kembalikan persepsi yang betul kepada Rakyat.

Datuk Razlan Rafii
8 Mac 2020
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.