Hari Keputeraan Agong Setiap Isnin Pertama Bulan Jun

PUTRAJAYA, 4 Mac – Kerajaan bersetuju sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi tahun 2020 dipinda daripada hari Sabtu, 6 Jun kepada Isnin, 8 Jun.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, dalam kenyataan hari ini, berkata kerajaan juga bersetuju bahawa mulai 2021 dan sepanjang tempoh pemerintahan Al- Sultan Abdullah, Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka adalah pada Isnin pertama bulan Jun setiap tahun.

“Hari Keputeraan Rasmi ini adalah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am,” katanya. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.