Menjunjung Kasih Tunku Mahkota Atas Keprihatinan Terhadap Rakyat Jelata – Hairi

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata Pemuda UMNO Johor berpendapat apa yang diperkatakan oleh baginda Tunku Mahkota (TMJ) adalah tepat kerana baginda sendiri telah menasihati rakyat jelata supaya membuat keputusan tepat dalam memilih kerajaan dua tahun lepas.

Katanya, Pemuda UMNO Johor ingin merakamkan penghargaan kepada baginda Tunku yang kembali bersuara menyatakan kebenaran demi membela nasib rakyat.

Jelas beliau, rakyat ketika itu tidak mempedulikan nasihat berkenaan malah menuduh baginda berpolitik, namun apa yang baginda Tuanku sebut dua tahun lalu hari ini rakyat menerima kesannya.

“Kita dapat lihat kepincangan dan kelemahan kerajaan kini dalam menangani isu-isu semasa termasuk penyebaran virus koronavirus yang telah mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat awam.

“Inilah natijahnya apabila kita berada di bawah kepimpinan kerajaan yang lemah yang suka berpolitik dan mencari gaduh sehingga merosakkan hubungan dua hala dan akhirnya tersepit bila isu sebegini timbul sehinggakan soal keselamatan rakyat diambil ringan,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Hairi yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru merasa hairan kerajaan masih tidak mahu menekan butang panik dengan menyekat kemasukan pelancong dari China buat sementara waktu.

“Apakah kerajaan kini telah tersepit dengan beberapa rundingan semula membabitkan projek mega antara Malaysia dan China?

“Adakah Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Matathir Mohamad menerima desakkan dari pemimpin parti Dap?” soalnya lagi.

Justeru katanya, Pemuda UMNO Johor mendesak agar pemimpin tertinggi PH menekan butang panik.

“Jangan membiarkan sahaja rakyat menerima wabak itu secara sengaja yang dibawakan khas oleh pemimpin-pemimpin PH.

“Tetapi… tidak mengapalah sebagai sebuah negara demokrasi, kita menghormati suara dan keputusan rakyat. Rakyat telah membuat keputusan dan rakyat telah dapat menilai pilihan yang dibuat mereka.

“Rakyat sudah sedar dan mereka mahu ubah kembali bila tiba masanya,” tegasnya.

Untuk rekod ini ucapan TMJ pada ciapan di Twitter dan Facebook mengenai ketidakmampuan kerajaan menangani isu koronavirus.

“Apa yang saya kata dua tahun lalu? Satu demi satu isu. Ekonomi, agama, ketegangan kaum, dasar yang tidak stabil dan tidak konsisten, kos sara hidup meningkat dan sekarang penjagaan kesihatan.

“Dulu apabila bersuara, digesa oleh rakyat jangan masuk campur hal pentadbiran kerajaan dan politik… sekarang?” titah baginda.

Manakala ini adalah ucapan baginda TMJ di facebook.

“Demi anda semua, saya, Ismail Ibrahim akan lakukan apa sahaja yang saya mampu untuk anda dan keluarga anda semua kerana itu adalah sumpah saya ketika saya ditabalkan menjadi Tunku Mahkota Johor (di Istana Besar Johor Bahru pada 12 Safar 1431H).

“Kepada Allah Kami Berserah. Semoga Allah SWT berkati kita semua,” titah baginda yang menjelaskan akan berbuat demikian kerana ramai pihak yang memintanya bersuara dan melakukan sesuatu berkenaan isu virus Wuhan itu,” bidasnya baginda lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.