PRK Kimanis: Beri Peluang BN Pertahan Kerusi Parlimen – Noraini

KIMANIS, 4 Jan – Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr. Noraini Ahmad melahirkan harapan agar para pengundi dapat memberikan peluang kepada calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis ini.

Jelas beliau, walaupun kemenangan BN tidak dapat mengubah kerajaan negeri namun perlu diingat bahawa BN mampu membawa suara rakyat dengan baik di Dewan Rakyat.

“Calon BN Datuk Mohamad Alamin adalah seorang yang berkredibiliti dan mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin di peringkat nasional.

“Maka harapan saya agar peluang itu diberikan agar calon BN dapat meneruskan legasi bekas Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman.

“Selain itu BN boleh menambah bilangan pemimpin Sabah yang boleh mengangkat suara rakyat ini di dalam Dewan Rakyat,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Selain itu Noraini turut mengingatkan agar para pengundi nanti berhati-hati dengan helah parti kerajaan untuk meraih undi kerana sudah pasti mereka akan menabur pelbagai janji manis.

“Selain itu, para pengundi juga harus jaga kad pengenalan kerana kita berhadapan dengan parti kerajaan.

“Mereka berkuasa dan mampu melakukan apa sahaja, jadi berhati-hatilah dan jangan mudah terpengaruh,” ujar beliau lagi. – UMNO Online

Oleh: Azlina Rosdy

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.