Jentera Parti Tidak Akan Terikut Provokasi Murahan, Terus Kempen Pengundi – Bung Mokhtar

KIMANIS, 4 Jan – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar radin berkata jentera parti akan menemui pengundi seramai mungkin dalam usaha menyatakan perkara yang sebenarnya terutama pentingnya parti itu diberikan mandat pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Menurut beliau kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu dilihat gagal dalam melaksakan amanah serta tanggungjawab mereka dan kali ini ianya adalah kesmepatan yang terbaik buat pengundi.

“Kita akan terus menjalankan kerja-kerja untuk menemui pengundi dan memaklumkan pengundi betapa perlunya BN menang dalam PRK ini sebab kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada PRU yang lalu telah gagal dan telah mengabaikan tanggungjawab selaku pemerintah, tidak melihat masalah rakyat sebagai satu keutamaan dan masalah ekonomi pun begitu. Banyak lagi akan kita utarakan pada tempoh kempen ini,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Pada masa yang sama kata beliau lagi jentera parti tidak akan terikut-ikut dengan sebarang bentuk kempen provokasi oleh mana-mana pihak sebaliknya melaksanakan sepertimana yang telah dirancang iaitu memujuk pengundi untuk memberikan kepercayaan kepada calon BN, Datuk Mohamad Alamin.

“Insya-Allah kita berkeyakinan dan akan dapat mengembeleng tenaga serta usaha untuk memastikan BN mendapat kemenangan dan kejayaan, insya-Allah,” ujarnya.

Sementara itu calon BN, Datuk Mohamad Alamin bertekad untuk membawa dan memberi tumpuan serta perhatian terhadap isu-isu mahupun suara rakyat di kawasan berkenaan.

Katanya banyak perkara yang perlu dibawa ke parlimen terutama berkaitan suara rakyat di Kimanis dan Sabah secara umumnya.

“Saya akan membawa suara rakyat Kimanis termasuk suara rakyat Sabah di parlimen kerana banyak perkara-perkara yang harus kita luahkan, sampaikan kepada kerajaan dan saya akan bawa suara mereka sebaik mungkin insya-Allah,” tambahnya.- UMNO Online

Oleh Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.