Projek Pan Boneo Terbengkalai, PH Tutup Peluang Lebarkan Ekonomi Sabah – Najib

KIMANIS, 3 Jan – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan kesedihan melihat projek Pan Borneo terbengkalai begitu sahaja di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ujar beliau, sekiranya projek ini dapat disiapkan mengikut perancangan asal, sudah pasti ia mampu mengubah lanskap ekenomi rakyat Sabah termasuklah penduduk di Kimanis.

“Ada dua isu utama yang berkisar dalam PRK di Kimanis ini. Yang pertama adalah projek Pan Borneo, ini projek raksasa zaman Barisan Nasional (BN) masa saya jadi Perdana Menteri. Hasrat saya, ini satu hadiah kepada rakyat Sabah dan projek ini akan mampu menukar lanskap ekonomi Sabah tambahan pula ia tidak dikenakan tol.

“Tapi bila PH ambil alih, mereka telah ubah kaedah pelaksanaan konon nak jimat kos sebanyak RM1 bilion tapi tak mungkin jadi kenyataan. Saya tidak tahu sampai bila projek ini akan terbengkalai. Kalau tidak, pasti Kimanis ini menjadi sub-urban,” ujar beliau kepada media selepas melakukan ‘walk about’ di PDM Membakut.

Tambah Najib, perkara kedua yang menjadi isu adalah Pas Sementara Sabah (PSS) yang menjadi kemarahan rakyat.

“PSS ini akan menafikan hak rakyat Sabah pada masa akan datang. Apa kita nak jawab dengan anak cucu cicit kita nanti,” ujar beliau.

Justeru, katanya, pengundi Kimanis harus mengundi calon BN Mohamad Alamin agar suara rakyat Sabah akan bergema di Dewan Parlimen nanti. – UMNO ONLINE

Oleh: Azlina Rosdy

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.