Menjelang Penamaan Calon, Alhamdulillah Semangat Jentera Melonjak – Rosnah

KIMANIS, 3 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin percaya dan penuh yakin semangat yang ada pada seluruh jentera parti untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis berada pada tahap yang cukup tinggi.

Justeru tegas beliau bermula pada hari penamaan calon esok, tentunya jentera akan bergerak sepenuhnya di seluruh kawasan Kimanis dengan gerak kerja bersepadu pelbagai peringkat.

“Insya-Allah kita akan bekerja keras dan dengan semangat yang ditunjukkan oleh jentera tempatan cukup luar biasa.

“Malahan rakyat di Kimanis sendiri saya percaya mahukan perubahan dan ianya sudah pasti akan bermula di sini,” katanya kepada UMNO Online di sini, hari ini.

Kata beliau lagi yang juga Exco Wanita UMNO, sentimen di Pusat Daerah Mengundi (PDM) juga amat tinggi dan semua mahukan perubahan.

“‘War-cry’ yang kita bawa ‘Ubah Balik’ telah mendapat penerimaan yang cukup baik di kalangan masyarakat setempat.

“Peluang telah diberikan kepada mereka. Dalam tempoh hampir dua tahun pemerintahan betapa kerajaan yang ada sekarang tidak mampu membawa kecemerlangan kepada Kimanis mahupun kepada Sabah. Jadi kita ‘ubah balik’,” ujarnya.- UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.