Moh Calon Terbaik Wakili BN PRK Kimanis – Zahid

KIMANIS, 1 Jan – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Datuk Mohamad Alamin atau lebih mesra dengan panggilan Moh adalah calon paling tepat untuk mewakili BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis.

Jelas beliau, ini kerana beliau adalah anak tempatan yang memahami persekitaran setempat.

“Selain anak tempatan, beliau seorang profesional maka sudah pasti beliau akan mampu membawa suara orang Sabah khususnya penduduk Kimanis di Dewan Rakyat.

“Sekarang apa yang penting kita buka lembaran baru… jika yang menang nanti Moh, walaupun kita adalah pembangkang tapi semangat kita membara dan beliau boleh membangkitkan isu-isu Kimanis di Dewan Rakyat. Atas sebab itu Parlimen Kamanis harus dikembalikan kepada UMNO dan BN. Mari kita ‘lumatkan’ mereka,” ujar beliau ketika berucap merasmikan pelancaran jentera BN peringkat PDM Lumat.

Mengulas lebih lanjut Zahid berkata, ramai yang telah tersedar mereka telah tertipu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.

“Ramai telah sedar dulu mereka tertipu dengan janji PH, tapi saya tidak mahu memburukkan PH atau Warisan. Saya cuma nak beritahu kepada rakyat tentang BN dan UMNO.

“Dulu kita telah dizalimi, dizalimi dengan pelbagai fitnah, akhirnya fitnah tidak benar. Tengok pula Pan Borneo yang dibuat oleh BN… tertangguh konon sebab alasan tidak ada duit.

“Tidak mengapa… sabar sedikit kerana ini kerajaan sepenggal. Kemenangan di Sabah adalah pintu gerbang untuk kita ambil kembali Sabah dan Putrajaya,” tegas beliau lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.