Anifah Sokong Calon BN Di PRK Kimanis

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang memutuskan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Kimanis berkata beliau menyokong penuh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan 18 Januari ini.

Bagaimanapun, bekas pemimpin UMNO itu yang keluar daripada parti tersebut pada tahun lalu untuk menjadi calon bebas berkata, BN tidak sepatutnya mengambil sikap mudah dengan sokongannya itu, lapor The Star.

Beliau berkata, ia perlu menyokong langkah mengembalikan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 selain ikhlas menyelesaikan isu pendatang tanpa izin.

“Sudah tentu, saya sokong Barisan sepenuhnya

“Saya tidak mahu melihat anak saya dan cucu saya menjadi pendatang di negeri mereka sendiri,” katanya yang merujuk kepada bantahan terhadap cadangan untuk memberi Pas Sementara Sabah (PSS) kepada warga asing di negeri itu.

“Anda tahu bahawa ini adalah kebimbangan saya dan saya telah mengajukannya semasa kempen pilihan raya saya. KL tidak harus mengambil sikap mudah sokongan kami,” katanya di Kota Kinabalu apabila ditanya mengenai parti yang akan beliau sokong.

“Cukup dengan janji kosong. Mesej saya kepada Barisan ialah ambil isu pendatang haram ini secara serius. Jangan hanya bercakap, beri hak kami seperti dalam MA63 dan Perlembagaan Persekutuan,” tambah beliau.

Sementara itu, Anifah mnegesahkan beliau telah berbincang dangan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan diberi jaminan bahawa terdapat penyelesaian isu ‘semua penduduk Sabah’. – MalaysiaGazette

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.