Gerak Jentera Semaksima Di Kimanis, Jadi ‘Cybertrooper’ Lawan PH

KIMANIS, 26 Dis – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mengajak rakyat Malaysia yang menyokong Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional untuk bersama-sama menjadi ‘cybertrooper’ dan melawan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang ternyata gagal.

Beliau yakin jika dilakukan bersama maka kerajaan PH boleh tunduk dan tumbangkan.

“Mari kita tentang Kerajaan PH yang gagal ini. Kita hadapi Parti Warisan di Sabah. Kita gunakan ‘hujung jari’ kita dengan menjadi cybertrooper dan lawan mereka di media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan jentera Penerangan UMNO Sabah dan Kimanis menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis 18 Januari depan.

“Saya telah mengatur, menyusun bersama Penerangan UMNO Sabah dan Penerangan UMNO Kimanis. Bila BN masuk gelanggang untuk bertanding di Kimanis, sasaran kita hanya satu, BN mesti berusaha untuk menang.

“Biarpun dalam serba kekurangan. Bakal berhadapan dengan media serta pelbagai agensi Kerajaan PH dan pastinya parti Kerajaan PH akan menggunakan segala kekuatan mereka menyerang BN namun ia bukan halangan.

“Semangat kita mesti kuat. Kita akan hadapi mereka sebagaimana kita lakukan dan mencipta kemenangan di empat pilihan raya kecil sebelum ini,” katanya.
Justeru beliau yakin Penerangan UMNO Sabah dan Penerangan UMNO bahagian-bahagian di Sabah khususnya di Kimanis mampu lakukannya.

“Bagi Penerangan UMNO Malaysia kita akan gerakkan jentera sepenuhnya bersama di Kimanis. Kita akan lakukan secara bersama dan berfokus. Kekuatan Penerangan UMNO di setiap Pusat Daerah Memgundi (PDM) telah kita gerakkan. Harapan saya semua dapat sama membantu.

“Kita mesti sama menjawab dan tangkis segala propoganda, penipuan, putarbelit serta kegagalan PH. Paling penting kita sebarkan kebaikan BN,” katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Lenggong. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.