Jangan Termakan Umpan Dakyah Pihak Cuba Ambil Kesempatan Di Cameron Highland

KUALA LUMPUR, 25 Dis – Isu penguatkuasaan terhadap peneroka haram di Cameron Highland, Pahang dilihat boleh diselesaikan secara baik bersama Kerajaan Negeri Pahang sekiranya pihak peneroka menggunakan sepenuhnya saluran yang betul tanpa perlu melibatkan kenyataan-kenyataan di media massa atau media sosial yang tentunya akan banyak menimbulkan kekeliruan dan persepsi yang buruk.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata kekecohan berhubung isu berkenaan semalam seolah-olah hanya menyalahkan Menteri Besar Pahang tanpa mengetahui perkara sebenar secara tuntas.

“Cuba kita lihat kembali, pihak mana yang dulu berjanji bulan dan bintang dengan peneroka kalau bukan Pemimpin PH-Dap. Janji manis tersebut tentunya dibuat demi meraih undi kesemua peneroka haram tersebut semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highland awal Januari 2019 yang lepas, dan nyata, Dap berjaya meraih undi mereka.

“Ini berbeza dengan pihak kerajaan negeri, apabila Menteri Besar tidak sesekali membuat janji-janji manis berbentuk retorik demi menjaga maruah BN walaupun kita juga ingin mendapat undi di Kuala Terla. Ini kerana prinsip Menteri Besar Pahang sangat mudah, apa jua keputusan perlu merangkumi keseluruhan faedah dan keselamatan rakyat setempat,” katanya dalam satu kenyataan media kepada UMNO-Online.

Pada masa yang sama beliau turut menyeru agar rakan-rakan MIC supaya menenangkan peneroka haram terbabit dan mengawal mereka semua daripada termakan hasutan pihak-pihak yang tidak sepatutnya.

“Usahlah mengapi-apikan isu ini kerana perundingan adalah cara yang terbaik untuk penyelesaian. Janganlah kita termakan umpan ‘fitnah Dap’ yang ingin melaga-lagakan hubungan utuh antara UMNO dan MIC. Kesilapan kumpulan kecil ini akan menyebabkan orang lain menerima akibatnya, bak kata pepatah ‘ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua,” tambahnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.